::Bicara Petang Ini::

assalammualaikum w.b.t

Berat saya naik! hahaha.. even bg org lain berat saya tu biasa2 ja, tp bg saya yang tinggi yang tak seberapa ni, berat itu adalah luarbiasa..:p sebabnya saya x pernah mencecah berat badan ke angka tersebut.. sebab saya kurang makan.. makan pun x habis..tapi sejak hati senang (walaupun ada juga susah hati kdgkala), makan pun x benti..asyik nak makan saja...dan duit banyak habis sebab MAKAN.. kena pulak partner pun suka MAKAN maka bukan saya saja yang naik berat badan..sekali dgn partner jugak..hehehehe..

Erm..saya x da entry hendak dikongsi tapi saya ingin nak meluahkan betapa saya benci lelaki yang cuba mengambil kesempatan atas kelemahan dan kekurangan wanita.. sekalipun tidak berlaku kepada saya, namun apabila berlaku di sekeliling saya, maka saya berasa kesal dengan segelintir LELAKI.. Mereka mahu membantu tetapi mengharapkan balasan..kalau niat telah terpesong maka jangan jadi dayus memaki hamun wanita kerana anda tidak dilayan...dengar ye LELAKI.. Sudahlah hidup bersendirian tanpa lelaki bergelar suami tetapi ada pula jenis-jenis x faham bahasa ini cuba menangguk di air keruh... Bukan nak membantu kerana niat kerana Allah s.w.t...alih-alih wanita yang dipersalahkan kerana menolak tuah... Tuah apa macam tu kalau bala yang dicari apatah lagi lelaki yang dah pun bergelar SUAMI org..

Satu lagi persepsi masyarakat apabila mahu dijodohkan dengan orang-orang kaya sebagai jalan mudah memperolehi kesenangan.. hahaha..serius saya tergelak sebab saya pernah cuba dijodohkan dengan seorang hartawan.. saya pun tidak faham mengapa mereka-mereka itu mahu menjodohkan saya dengan orang itu.. Bagi saya, harta tidak membawa ke mana kalau hati tidak CINTA... Habis, dengan cinta ke dapat digunapakai untuk membeli makanan, segala keperluan? Pasti tidak... tetapi HATI tidak boleh dipaksa... walaubagaimana cara pun... namun dalam hati saya CINTA tak pernah ada... saya sebenarnya tidak pernah menemukan CINTA yang benar-benar hadir dalam hati saya.....tiada apa yang tertinggal.....

hehehehe..saya rasa saya tak ada apa yang mahu direpekkan lagi, maka saya tutup dulu bicara entry kali ni.. nanti jika mood saya baik,saya akan menulis lagi..=)  Wassalam...

Palm Inn Hotel, Butterworth..
17 Mac 2012,02.44 pm.....

::sesaat kau datang::


Kasih Emak...

Hujan.

Sejuk. Sayu pula hati.. Terkenang mak..biarpun mak bukan jauh dan setiap hari di depan mata, namun memikirkan tentang dirinya buat saya resah gelisah.. Mak memang terbaik.. dia x macam saya..saya yang agak tegas, kasar berbanding mak yang lembut dan selalu tersenyum.. ada saja hal yang buat dia tergelak walhal benda itu sebenarnya menyakitkan hati.. jarang mak nak berjauh hati.. mungkin yang satu itu saya mengikut perangai dia serba sedikit iaitu jenis mudah sangat gelak..tapi kalau saya marah, saya memang x igt dunia.. jarang juga mak nak marah-marah..kalau dia marah, tidak setegas mana..

Bila terkenang mak, saya cuba tutup derita saya, susahnya hati saya... demi mak.. kalau saya menangis kerna terluka,mak pasti menangis sama..dan kerna itu lah, kerna x mahu mak menangis, saya hanya memendam sehingga rasa sedih itu dah tidak bermakna lagi buat saya..kalau saya terluka saya tau mak lebih lagi terluka.. dan peristiwa semalam saya biarkan tenggelam dan tidak pernah saya sebut demi memberi kekuatan pada mak..dan kekuatan utknya berbaloi kerna dia mendapat semula hak dia yang dirampas.. cuma saya saja yang tetap ketawa di depannya menutup cerita bahawa kisah duka saya tidak pernah saya kenangi.....

Cukup2 lah mak saya dihina..biarpun sesiapa tidak sukakan saya, harapan saya,mak saya masih dihormati.. kesal saya melihat peristiwa di mahkamah bulan julai yang lepas,bagaimana tiada rasa sikit hormat dia pada mak saya, nak bersalam pun tidak..hal itu lebih menyakitkan hti saya berbanding hal lainnya.. usahla kerna benci pada saya maka dibuat mak saya seperti tidak wujud di situ.. seolah-olah mak saya lebih rendah martabat darinya.. namun, saya cuba lupakan saja...tidak mengapalah jika di dunia bukan memihak pada saya biarlah akhirat penentu segalanya....

Saya sayang mak saya.... buat la saya benci anda dengan menghina mak saya berulang kali...pasti tiada maaf andai mak saya terluka...

Mak,maafkan saya kerna masih belum sempat membalas jasa mak... walaupun hanya Allah saja mampu membalas segala kebaikan mak pada saya...dan segala pengorbanan mak pada saya..

biar hilang sesiapa di dunia ni asalkan saya x kan kehilanganmu mak..... <3 u...

i'm back!

assalammualaikum w.b.t

Lama x berblog..sampai lupa camna nak setting,camana nak hias bagai...sbb lama jugak x mengadap laptop..online pkai hp terhad maka bersawang semua blog saya dan sampaikan ada yang terlupa pasword dan emel.. biaq pi lah..eh..eh..sopankan saya...sbab update d mana2 saya menggunakan 'saya' dan tidak seperti seblum2 ni bila berblog iaitu menggunakan 'aku'..well...manusia boleh berubah...:)

saya x dak entry menarik utk dkongsikan lagi..tapi hari ini saya tengah cuba menghabiskan novel yg bertajuk '7 Hari Mencintaiku' karya Siti Rosmiza setebal 1048 muka surat..kalau buku ilmiah setebal itu, mampukah saya menghabiskannya? hahaha..confirm boleh asalkan ia menarik..;) (yela tuuu)

Dan pada jam 10.48 pagi ini,saya berada di 'office' di mana akan beroperasi tidak lama lagi.. 'office' apakah itu?? tunggu entry seterusnya nanti...:)

About Me

My photo
In three words I can sum up everything I've learned about life: it goes on...........
Powered by Blogger.