::Bicara Petang Ini::

assalammualaikum w.b.t

Berat saya naik! hahaha.. even bg org lain berat saya tu biasa2 ja, tp bg saya yang tinggi yang tak seberapa ni, berat itu adalah luarbiasa..:p sebabnya saya x pernah mencecah berat badan ke angka tersebut.. sebab saya kurang makan.. makan pun x habis..tapi sejak hati senang (walaupun ada juga susah hati kdgkala), makan pun x benti..asyik nak makan saja...dan duit banyak habis sebab MAKAN.. kena pulak partner pun suka MAKAN maka bukan saya saja yang naik berat badan..sekali dgn partner jugak..hehehehe..

Erm..saya x da entry hendak dikongsi tapi saya ingin nak meluahkan betapa saya benci lelaki yang cuba mengambil kesempatan atas kelemahan dan kekurangan wanita.. sekalipun tidak berlaku kepada saya, namun apabila berlaku di sekeliling saya, maka saya berasa kesal dengan segelintir LELAKI.. Mereka mahu membantu tetapi mengharapkan balasan..kalau niat telah terpesong maka jangan jadi dayus memaki hamun wanita kerana anda tidak dilayan...dengar ye LELAKI.. Sudahlah hidup bersendirian tanpa lelaki bergelar suami tetapi ada pula jenis-jenis x faham bahasa ini cuba menangguk di air keruh... Bukan nak membantu kerana niat kerana Allah s.w.t...alih-alih wanita yang dipersalahkan kerana menolak tuah... Tuah apa macam tu kalau bala yang dicari apatah lagi lelaki yang dah pun bergelar SUAMI org..

Satu lagi persepsi masyarakat apabila mahu dijodohkan dengan orang-orang kaya sebagai jalan mudah memperolehi kesenangan.. hahaha..serius saya tergelak sebab saya pernah cuba dijodohkan dengan seorang hartawan.. saya pun tidak faham mengapa mereka-mereka itu mahu menjodohkan saya dengan orang itu.. Bagi saya, harta tidak membawa ke mana kalau hati tidak CINTA... Habis, dengan cinta ke dapat digunapakai untuk membeli makanan, segala keperluan? Pasti tidak... tetapi HATI tidak boleh dipaksa... walaubagaimana cara pun... namun dalam hati saya CINTA tak pernah ada... saya sebenarnya tidak pernah menemukan CINTA yang benar-benar hadir dalam hati saya.....tiada apa yang tertinggal.....

hehehehe..saya rasa saya tak ada apa yang mahu direpekkan lagi, maka saya tutup dulu bicara entry kali ni.. nanti jika mood saya baik,saya akan menulis lagi..=)  Wassalam...

Palm Inn Hotel, Butterworth..
17 Mac 2012,02.44 pm.....

0 comments:

Post a Comment

About Me

My photo
In three words I can sum up everything I've learned about life: it goes on...........
Powered by Blogger.